Friday, July 6, 2012

Santau / Gangguan Ep 1

Assalamualaikum w.b.t

Pak Bedung kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang kejadian yg menimpa seorang rakan teman yg betol2 rapat dengan  teman sendiri. Kisah ini sebenarnya bermula dengan sudah lama dulu apabila beliau di datangi dengan mimpi-mimpi pelik yang menunjukkan beliau berjumpa dengan seseorang yg mengubati diri beliau sndiri.Di ikuti pula mimpi2 ke dunia lain yang tidak di ketahui asal usulnya sndirik.


Selain dari itu juga, amalan-amalan zikir dan ayat2 Al Quran/ doa yang di amal kan sebelum ini mula memberi kesan kepada diri beliau dengan Izin Allah. Susulan dari itu juga, pelbagai mimpi mengubati orang lain yg mempunyai masalah juga kerap menjadi kebiasaan.

Tanpa beliau sedari, mungkin kesan daripada itu, beliau kerap di ganggu oleh sesuatu yg beliau sendiri tidak pasti. boleh dikatakan pabila menjelang malam atau pada tika2 tertentu. Badan beliau mule menjadi gatal dan sakit bagaikan dicucuk jarum berbisa....Ada pula di malam-malam tertentu, seluruh tubuh beliau menjadi kejang seperti seluruh urat saraf nye di tarik-tarik.

Dikatakan juga seluruh badan beliau mula menampakkan bintik2 merah seakan-akan bisul dan jerawat nanah  terutama di kawasan atas belakang dan bahagian dada dan perut nye. Kesakitan dan kegatalan menjadi sudah tidak tertahan seperti sahaja mahu di gosok dengan berus besi.

Alhamdulillah. amalan-amalan zikir dan doa menjadi pendinding kepada beliau. Air suam menjadi ubat/penawar segala penyakit yg beliau hadapi. Beliau dpn hadapinya dengan redha..Doa dan tawakal kepada ALLAH menjadi senjata beliau....

Pelbagai rintangan dihadapi dengan redha dan tawakkal kepada ALLAH.
Insyaallah. Ep 2 bakal menyusul selepas ini.

Pak Bedung

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites