CONTOH TERBAIK

Claim Yang Pernah dibuat Oleh Pencarum.

Pengurusan Kewangan

Ini yang anda Perlukan

MEDICAL CARD

Kepentingannya dalam Perubatan anda

SAKIT JANTUNG

Pembunuh Nombor satu Negara.

TRAVIAN

Penghilang Kebosanan.

Wednesday, May 13, 2015

VCO Catalyst


Pengalaman mengajar segalanya. jom Pm laju-laju.

EKZEMA Vs VCO Catalyst


Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. 

Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my


Kenali kanak-kanak Ekzema. Pengalaman berdepan dengan ekzema agak menyeramkan. Beberapa kali ke klinik dan diberi pelbagai ubat termasuk mandian tidak jugak pulih. Biasanya Dr anda akan menyediakan Aquacream dan mandian Ezerra dan Hydrocot(1% steroid-berbahaya kerana ia bersifat menghakis) namun xjuga berkesan terutama pada waktu sekarang yang panas.
Alhamdulillah..Sy jumpa penawarnya...


alhamdulillah. setelah mengamalkan Virgin Coconut Oil Catalyst pada baby ku...ia memulihkan sedikit demi sedikit kulit bayi yang kering dan gatal..



Sumer orang tau kelebihan dan khasiat Minyak Kelapa Dara ni...kulit budak yang kene ekzema mesti la sntiasa lembab. Amal lah sntiasa...lumur la minyak kelapa dara di kawasan yang dijangkiti. InsyaAllah..anda akan lihat kesannya 3-4 hari bergantung kepada tahap ekzema bayi anda...
 
Khasiat:
-menyokong fungsi sistem imunisasi & fungsi metabolik yg sihat
-memberi sumber tenaga segera
-memudahkan proses bersalin
-melembutkan & melicinkan kulit
-mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat

Pm/Whats'app : Ilani 019-9104505 
                    https://www.facebook.com/pak.ann?fref=photo 


 Sayangi Baby anda
Sayangi kecomelan anak anda





Wednesday, February 26, 2014

Aku Seorang Suami



Terima kasih Daun Keladi:
VideoGrapher : Fauzan N Khalish 

Aku sudah pun bergelar suami.InsyaAllah ..aku akan jadi sebaik yang mungkin.

Friday, March 29, 2013

Perjalanan Penuh Cabaran ~POS TITOM

Hanya gambar mampu menceritakan segalanya.


Team 4 x 4 Raub


Sungai Di hulu


Signboard ke dalam


Air Di hulu



Sebelum masuk ke Hutan



Mulakan Perjalanan~Merentas sungai



Agak sukar untuk melintasinya



Melintasi sungai Deras




Rumah tradisional orang asal



Padi Huma



Mereka juga seperti kita



Musim padi



Mereka juga bekerja



Fuh....



sumber Air mereka



Harap dapat melepasinya



Ejah sebutir




Jalan batu batan



Berekreasi di sini



rilek dulu


Lepas ke naik tu


Retok buatan sndiri


Nasib bek sumer lepas




Tuesday, January 29, 2013

Setaro Mano Kito Hebat


Tobat eh lamo xpost berito sini....sero malah molek nok nulih tatau bakpo....gere pun ade....mujur la nate gorni xmapuh ngan gitu jah. Mujur la gegarminda ni idup lg...

Nok royat sikit ko adik kakok...kito atah dunia , hebat setaro mano pun, ade lg hok lg hebat pado demo. Demo nk kato gapo pun kato lah...tp demo keno sedar la...sapo lg hebat. xlain xbukea Maha Pencipta kito... ALLAH s.w.t.

Atah dunia ni, Dio buvi kite mace2..nk pitih, die vi pitih, nk keto, die vi keto, nk derak die vi derak...nk nikoh dio vi nikoh...kalu kito xsedar lg gak...tatau la nk kato gapo..kito atah dunio..mace2 alasan kito buat, gotu goni, nk royat kito xleh buat....hebak sgt ke kito sapa xleh nah nk ikut hok molek, nk tinggal hok Dia larea....

Kalu mun gedebe...ado lg hok lg gedebe...jgn ingt kito hebat...kito xsodar...kito kene syukur lah...kito tidor malea...pg buleh bgn lg...

kito kene usoho lebey, ikut suruhan Dia, tinggal larangan Dio...lebey pada tu...ikut mung...haha...syukur alhamdulillah....


moge hidup kito diberkati.
pak bedung


p/s** agok mung pahang dop kawe tulih gapo alik atah nuh...


Friday, July 13, 2012


Solat Istikharah


Adakah digalakkan bagi seseorang untuk menunaikan solat sunat istikharah dalam memilih pasangan hidup?

Ya amat digalakkan bagi yg ingin mendirikan rumah tangga supaya menunaikan solat istikharah terlebih dahulu. Jika selepas menunaikannya ia merasakan ketenangan dan jiwanya lapang, mungkin tanda kebaikan pada calon pasangannya itu.

Jika sebaliknya dirasakan kesempitan dan tidak tenang, mungkin petanda calon tidak sesuai baginya. Kalo tidak merasa apa2, hendaklah diulang hingga tiga kali.

Majalah Al Ustaz no.3
Share8784
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat Solat Istikharah 
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.
###################
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.
Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.
Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.
Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.
Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
Wallahualambisawab. #Oh! Islam – kami mengajak bukan menyuruh.
Rujukan:
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin.

Friday, July 6, 2012

Santau / Gangguan Ep 1

Assalamualaikum w.b.t

Pak Bedung kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang kejadian yg menimpa seorang rakan teman yg betol2 rapat dengan  teman sendiri. Kisah ini sebenarnya bermula dengan sudah lama dulu apabila beliau di datangi dengan mimpi-mimpi pelik yang menunjukkan beliau berjumpa dengan seseorang yg mengubati diri beliau sndiri.Di ikuti pula mimpi2 ke dunia lain yang tidak di ketahui asal usulnya sndirik.


Selain dari itu juga, amalan-amalan zikir dan ayat2 Al Quran/ doa yang di amal kan sebelum ini mula memberi kesan kepada diri beliau dengan Izin Allah. Susulan dari itu juga, pelbagai mimpi mengubati orang lain yg mempunyai masalah juga kerap menjadi kebiasaan.

Tanpa beliau sedari, mungkin kesan daripada itu, beliau kerap di ganggu oleh sesuatu yg beliau sendiri tidak pasti. boleh dikatakan pabila menjelang malam atau pada tika2 tertentu. Badan beliau mule menjadi gatal dan sakit bagaikan dicucuk jarum berbisa....Ada pula di malam-malam tertentu, seluruh tubuh beliau menjadi kejang seperti seluruh urat saraf nye di tarik-tarik.

Dikatakan juga seluruh badan beliau mula menampakkan bintik2 merah seakan-akan bisul dan jerawat nanah  terutama di kawasan atas belakang dan bahagian dada dan perut nye. Kesakitan dan kegatalan menjadi sudah tidak tertahan seperti sahaja mahu di gosok dengan berus besi.

Alhamdulillah. amalan-amalan zikir dan doa menjadi pendinding kepada beliau. Air suam menjadi ubat/penawar segala penyakit yg beliau hadapi. Beliau dpn hadapinya dengan redha..Doa dan tawakal kepada ALLAH menjadi senjata beliau....

Pelbagai rintangan dihadapi dengan redha dan tawakkal kepada ALLAH.
Insyaallah. Ep 2 bakal menyusul selepas ini.

Pak Bedung

Tuesday, July 3, 2012

~Manusia Hari Ini~

Solat 5 waktu tidak di endah lagi,
bunyi azan tidak dijawab lagi,
surau kosong tanpa org muda.
teguran org tua tidak menjadi panduan.

Pak Bedung berkesempatan berkawan dengan beberapa kawan baru di Kuantan ini, namun ada sesuatu yg agak mengecewakan pak bedung, beberapa dari mereka tidak lagi menitik beratkan soal solat 5 waktu. Malah ada juga dari mereka mula berjinak-jinak dgn nombor ekor /sport toto/3d/4d.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Dimana keberkatan hidup diorang? Pak Bedung bukan lah berniat untuk mengata atau pun mengutuk namun cuba memberi peringatan kepada diri sendiri suupaya tidak lalai dalam mengerjakan perintah yang maha Esa...

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan, keyakinan dan  keberanian menegakkan agama Mu ya Allah. sesungguh nye aku tidak kuat dan selalu lalai dlm mengingati mu ya Allah. Berikan aku Hidayah dan petunjukk mu agak aku tidak sesat dan senantiaasa mengingatimu. Amin


Sunday, June 24, 2012

Tentang Dia ~J0D0H

SUMBER DI PETIK DARI DUNIA MACAM-MACAM (FB)


♥ ♥ JODOH..USAH MENCARI YANG TERLALU 'SEMPURNA' ♥ ♥

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

~TAN~




SHARING IS CARING.
NICE WORDS

Wednesday, June 20, 2012

Petua Imam Syafie

‎[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

♥sharing is caring ♥

~ Kisah Hati Siti Rohani - KHSR ~



FROM FB~Dunia Macam-Macam

Kerjaya ~ kehendak ~ Kemampuan

Pak Bedung ingin bertanya kepada kalian semua, adakah kerjaya yang anda pilih sekarang merupakan pilihan utama anda yang anda cita-citakan sebelum ini.

ATAU

Ia hanyalah kerja sementara mencari sesuatu yg lebey memuaskan hati anda?


Memang suatu yang agak berbeza
kehidupan seorang student dan 
seorang yang berkerjaya dan sememangnya
anda dapat rasakan perbezaan tersebut.


adakah anda merasakan kerjaya anda
pada masa sekarang mampu memenuhi kehendak 
dan kemampuan anda sebagai seorang yg berkerjaya.

ATAU

ANDA MASIH TIDAK BERPUAS HATI? 


Tuesday, June 19, 2012

NIKMAT~Anugerah Yang Maha Esa

Pagi indah tanpa bicara,
burung berkicau tanda gembira,
aku bangun untuk pergi kerja,
tanda kuasa yang Maha Esa.


Tea Tarik

Tanpa kita sedari,
nikmat Yang Maha Esa memang tiada batasnya.
tea tarik yang berharga seringgit pun sebenarnya 
mempunyai nikmat yang tidak ternilai 
sekiranya kita bersyukur kepada NYA.

Tanpa kita sedari,
dikala bangun untuk solat subuh,
kita masih lagi bernyawa, 
dan mampu untuk bangun melakukan kewajiban 
menunaikan solat subuh.
Itu lah dikatakan Nikmat.

Tea tarik
menjadi rezeki santapan perut pertama
aku hari ini.
Tea gelas besar yang kurang manis 
menjadi pemanis lidah ku di hari selasa.


santapan pagi
bernama mee goreng memberi seribu nikmat
di pagi hari.
Bermulanya hari yang penuh barokah.

Bersyukurlah.
sementara masih ada masa.


Surah Al Mulk
[30]Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.


pak Bedung


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites