Tuesday, June 19, 2012

NIKMAT~Anugerah Yang Maha Esa

Pagi indah tanpa bicara,
burung berkicau tanda gembira,
aku bangun untuk pergi kerja,
tanda kuasa yang Maha Esa.


Tea Tarik

Tanpa kita sedari,
nikmat Yang Maha Esa memang tiada batasnya.
tea tarik yang berharga seringgit pun sebenarnya 
mempunyai nikmat yang tidak ternilai 
sekiranya kita bersyukur kepada NYA.

Tanpa kita sedari,
dikala bangun untuk solat subuh,
kita masih lagi bernyawa, 
dan mampu untuk bangun melakukan kewajiban 
menunaikan solat subuh.
Itu lah dikatakan Nikmat.

Tea tarik
menjadi rezeki santapan perut pertama
aku hari ini.
Tea gelas besar yang kurang manis 
menjadi pemanis lidah ku di hari selasa.


santapan pagi
bernama mee goreng memberi seribu nikmat
di pagi hari.
Bermulanya hari yang penuh barokah.

Bersyukurlah.
sementara masih ada masa.


Surah Al Mulk
[30]Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.


pak Bedung


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites