Tuesday, March 1, 2011

Jamak Dan Qasar

Sembahyang Jamak

Ialah mengumpulkan dua smbahyang fardhu dalam satu waktu iaitu jamak taqdim dan jamak ta’khir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak mestilah keluar dr rumahnya sebelum masuk waktu zohor (zohor & Asar) atau Maghrib(maghrib & Isyak)

Apa itu jamak Taqdim?...ialah mengumpul dan menghimpunkan solat yg kedua dlm waktu pertama seperti asar dlm zohor / isyak dlm maghrib.

Syarat-Syarat:-

A) Dahulukan solat pertma dlm waktu tersebut.

B) Berniat utk smbahyang jamak dlm solat pertama (bermula dr takbiratul ihram atau di tengah solat sebelum salam)

C) Mualat iaitu berturut-turut dua solat & jgn diselangi masa yg pnjg_kadar masa yg dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa due rakaat solat sunat ringkas.

D) Masih Berkekalan dlm musafir hingga takbiratul ihram solat kedua.

Apa tu Jamak Takhir? Ialah mengumpul solat pertama dlm waktu solat kedua seperti zohor dlm asar / maghrib dlm isyak.

Syarat-syarat:-

A) Niat henndaklah ditakhir kan solat fardhu zohor ke asar.

B) Masih musafir kedua2 solat

INGAT!!!!

Tidak boleh jamak Asar & maghrib, isyak dan subuh & subuh dan zohor….

Apa itu Qasar?..Memendekkkan solat 4 rakaat menjadi dua.

Syarat-syarat:-

A) Perjalanan/ musafir bukan kerana maksiat

B) > dua marhalah

C) Niat solat qasar semasa takbiratul ihram

D) Musafir sudah ditentukan tmpt yg dituju.

E) Kekal musafir ssehingga selesai solat.

F) Tahu hokum serta syarat yg mengharuskan org bermusafir menqasarkan solatnya.

INGAT!!!!

Boleh solat jamak dan qasar di satu tmpt(dlm musafir) slma 4 hari tidak termasuk hari smpai dan hari keluar dr tempat itu.

Niat solat jamak Qasar

1. Niat jamak taqdim dan qasar tuk fardhu zohor dan asar

(“sahaja aku solat fardhu zohor dua rakaat tunai krn Allah Taala”)

_selepas member salam. Qamatlah dan teruskan solat asar dgn niat

(“sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat tunai kerana Allah Taala”)

2. Niat jamak taqdim dan qasar tuk maghrib dan isyak

(Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat tunai dijamak dgn isyak kerana Allah Taala”)

_selepas member salam. Qamatlah dan teruskan dgn solat isyak dgn niat

(“sahaja aku solat fardhu isyak due rakaat tunai qasar krn Allay Taala”)

3. Niat Solat jamak takhir dan qasar tuk fardhu zohor dan asar

(“ sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat tunai qasar kerana Allah Taala”

_selepas member salam. Qamatlah dan teruskan solat asar dgn niat

(“sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat tunai qasar kerana Allah Taala”)

4. Niat jamak takhir dan qasar tuk maghrib dan isyak

(Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala”)

_selepas member salam. Qamatlah dan teruskan dgn solat isyak dgn niat

(“sahaja aku solat fardhu isyak due rakaat tunai qasar krn Allay Taala”)

INGAT!!!—Niat solat jamak takhir tanpa wasar ialah niat seperti biasa(tanpa sebut qasar)

- Untuk solat jamak takhir dan qasar boleh juga mendahulukan solat seperti

(Asar dan zohor / isyak dan maghrib)

P/s :- Ilmu agama ku tidak la tinggi, namun ku cuba mempelajarinya. Ku berkongsi apa yg ku tahu.

Tegurlah aku jika aku salah….Wallahualam…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites