Sunday, March 20, 2011

Kisah Teladan dari seorang kawan

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat
bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati
tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh
sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di
tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan
sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke
tempat sejarah yang mereka sukai.
Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit
dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa
disedar,dah tertinggal.
Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka
bertolak untuk balik.
Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas
giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.
So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah
letih dan menangis panggil mak ayah.
Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia
pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an
dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas
rombongan, dan tak tahu nak pulang.
Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di
selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami
sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…
Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je
sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.
Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur
atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung
sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.
Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti
matanya mengawasi lelaki misteri tu.
Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar
jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa
lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka
kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…
Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak
bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu
berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah
sangat.
Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai
pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi
hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…
So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan
takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar
jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir
memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari
itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki
tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan
dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang
sudah…

*MORAL CERITA :*
Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas
api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa
tersebut TETAPI jika kita tak mampu.
Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama
beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan
kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites