CONTOH TERBAIK

Claim Yang Pernah dibuat Oleh Pencarum.

Pengurusan Kewangan

Ini yang anda Perlukan

MEDICAL CARD

Kepentingannya dalam Perubatan anda

SAKIT JANTUNG

Pembunuh Nombor satu Negara.

TRAVIAN

Penghilang Kebosanan.

Sunday, June 24, 2012

Tentang Dia ~J0D0H

SUMBER DI PETIK DARI DUNIA MACAM-MACAM (FB)


♥ ♥ JODOH..USAH MENCARI YANG TERLALU 'SEMPURNA' ♥ ♥

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

~TAN~




SHARING IS CARING.
NICE WORDS

Wednesday, June 20, 2012

Petua Imam Syafie

‎[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

♥sharing is caring ♥

~ Kisah Hati Siti Rohani - KHSR ~



FROM FB~Dunia Macam-Macam

Kerjaya ~ kehendak ~ Kemampuan

Pak Bedung ingin bertanya kepada kalian semua, adakah kerjaya yang anda pilih sekarang merupakan pilihan utama anda yang anda cita-citakan sebelum ini.

ATAU

Ia hanyalah kerja sementara mencari sesuatu yg lebey memuaskan hati anda?


Memang suatu yang agak berbeza
kehidupan seorang student dan 
seorang yang berkerjaya dan sememangnya
anda dapat rasakan perbezaan tersebut.


adakah anda merasakan kerjaya anda
pada masa sekarang mampu memenuhi kehendak 
dan kemampuan anda sebagai seorang yg berkerjaya.

ATAU

ANDA MASIH TIDAK BERPUAS HATI? 


Tuesday, June 19, 2012

NIKMAT~Anugerah Yang Maha Esa

Pagi indah tanpa bicara,
burung berkicau tanda gembira,
aku bangun untuk pergi kerja,
tanda kuasa yang Maha Esa.


Tea Tarik

Tanpa kita sedari,
nikmat Yang Maha Esa memang tiada batasnya.
tea tarik yang berharga seringgit pun sebenarnya 
mempunyai nikmat yang tidak ternilai 
sekiranya kita bersyukur kepada NYA.

Tanpa kita sedari,
dikala bangun untuk solat subuh,
kita masih lagi bernyawa, 
dan mampu untuk bangun melakukan kewajiban 
menunaikan solat subuh.
Itu lah dikatakan Nikmat.

Tea tarik
menjadi rezeki santapan perut pertama
aku hari ini.
Tea gelas besar yang kurang manis 
menjadi pemanis lidah ku di hari selasa.


santapan pagi
bernama mee goreng memberi seribu nikmat
di pagi hari.
Bermulanya hari yang penuh barokah.

Bersyukurlah.
sementara masih ada masa.


Surah Al Mulk
[30]Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.


pak Bedung


Monday, June 18, 2012

Cinta Kerana ALLAH s.w.t

Cinta mampu membahagiakan
Cinta juga mampu merosakkan,
Cinta mampu memecah belahkan,

Namun cinta kepada NYA tidak pernah mengecewakan,
tidak pernah menguris hati,
senantiasa membahagiakan.


Kita sepatutnya bersyukur kerana di anugerah kan perasaan yang tidak ternilai harganya iaitu c~i~n~t~a . namun cinta sering kali di salah erti kan, sering kali di salah gunakan  dan sering kali menjadi mangsa nafsu manusia.




oleh sebab itu lah...kite hendaklah senantiasa meminta kepada yang Esa..di berikan petunjuk ke arah jalan yang benar...agar tidak tersesat dan jauh terpesong dengan hasutan syaitan nir rajim..Al Fatihah adalah doa yang paling mujarab......

Dia lah tempat kita mengadu. daripada Die kite datang, dan kepada Dia jugak lah kite kembali.







Penghijrahan~~ ke arah yang lebey baik.

Pelik dan aneh,
dari kampung halaman ke tempat orang.

Dari keluarga tersayang,
kepada hidup jauh di perantauan.

Dari kawan yg betol2 memahami,
kepada kawan yang baru di kenali.

Dari negeri yang penuh Barokah,
ke negeri yang penuh nikmat.

Semua itu hanya lah satu laluan yang perlu ditempuh setelah aku ke Kuantan menjalani kehidupan baru di perantauan. Mengapa aku berhijrah sedangkan aku sudah selesa di sana dan mengapa aku berhijrah sedangkan terdapat sesuatu yg menggembirakan aku di  sana dan mengapa juga aku berhijrah sedangkan kehidupan di sana lebeh berbahgia di sana.

REZEKI~ Merupakan faktor aku di sini. Rezeki aku ditentukan di sini oleh Yang Maha Kuasa Allah s.w.t. Dia yang Maha menentukan. dan tiada yang lebih hebat melainkan Dia yang mencipta.

Bagaimana Allah menunjukkan kita sesuatu sama ada secara lansung atau secara tidak lansung, tanpa kita sedari dan tanpa kita jangka. Jalan yg kita pilih sbenarnya suatu yg telah ditentukan oleh NYA di LUh mAhfuz lagi walaupun kite berfikir bagai pecah kepala. Hanya DIA yang maha mengetahui segala sesuatu kejadian di atas muka bumi ini. 

Aku berada di Kuantan sebenarnya telah ditentukan oleh NYA tanpa aku sedari.....pada 11 Jun 2012 bermula nya kerjaya aku sebagai Engineer di Kuantan. Ketentuan yang suda lama di tentukan oleh Yang Maha Berkuasa.


Tanpa aku sedari aku ditunjukkan jalan ke sana. Tanpa aku sedari segala nya mudah untuk aku, rumah sewa,kerja, jalan, kawan dan teman setakraw. DIA memberi aku kehidupan di sini supaya aku lupakan sementara apa yang ada di sana. Ujian yg mungkin aku tempuhi di sini mungkin lebey getir untuk menguji tahap keimanan kita. walaupun aku bukan lah seorg lelaki yang yg gah imannya namun aku cube memperbetulkan diri aku..


Tanpa aku sedari juga...ALLAH telah meletakkan sebuah Surau betul2 berdekatan dgn rumah sewa ku...semoga aku tidak melepaskan peluang berkunjung ke rumah Mu ya ALLAH.



sekadar perkongsian.
Mohd Farhan Aziz


Thursday, May 17, 2012

Asma al Husna - Cinta kepada mu Ya ALLAH

Terima Kasih ya ALLAH. Dengarkan lah....Hayatilah....



Ampukanlah dosa ku......

Saturday, February 25, 2012

Bersediakah anda?

Sejauh mana anda berani ( bagi lelaki ):

1. Mengajak seseorang itu bercouple (bergewe)

2. Mengajak couple anda berkahwin.

3.Bersedia menerima si Dia se ada nya sebagai teman hidup anda.

4.Sanggup kerje lebey masa bagi memenuhi kehendak bakal isteri anda ( 10k hantaran)

Sejauh mana anda berani (bagi perempuan)

1.Menerima ajakan couple seorang lelaki.

2.menerima ajakan ke gerbang perkahwinan couple anda.

3.Menjadi penyokong dan pendokong bakal suami anda.

4. Sanggop kah anda lambat kahwen untuk 10k hantaran yg diletakkan ibu bapa anda.


p/s : jauh berjalan, luas pemandangan


Friday, August 19, 2011

Motif Sebenar Penyimbah Asid

19 Ogos 2011, Trauma mangsa bukan sahaja berhenti apabila die sembuh sahaja bahkan berterusan sehingga akhir hayat mereka. Dua beradik yang merupakan mangsa simbahan asid iaitu Haikal 13, dan Aiman 10 tahun yang berasal dari Maran, Pahang menyatakan kekesalan dengan ape yang berlaku.

Mereka boleh dikatakan agak segan dan malu akibat daripada keadaan wajah mereka yang cacat selepas kejadian tersebut.

Pemangsa yang juga seorang Buruh Ladang akhirnya dihukum openjara 8 tahun dan 4 kali sebtan atas kesalahan yang die lakukan. Persoalannya di sini, MOTIF pemangsa terhadap mangsa itu adlaah suatu perkara yang kurang jelas di sini.....

Adakah disebabkan Mentel yang tidak stabil, @ pun dendam yang tidak berkesudahan @ pun amalan ilmu salah sebgai punca semua mende ini....

Semoga kita semua di lindungi Oleh ALLAH s.w.t daripada semua malapetaka ini...Amin..

Thursday, August 18, 2011

Churp-Churp, Betol ke dak Nih??

Pak Bedung cume mau cite sikit Jelah berkenaan dengan Churp-Churp ni.....korang cumer perlu mendaftar di sini dan kerje anda hanyalah mempromosi produk-produk yang di iklan kan oleh Churp-Churp.

Setiap Unik Klik akan mendapat RM 0.20 -0.40 bagi setiap iklan yang di iklan kan...Apa yang anda perlu buat hanya lah share iklan-iklan tersebut sama ada di facebook korang atau pun di Blog-blog korang.

Kerje korang mudah sekali..hanya share dan tunggu lah pulangan nya...untuk mendaftar...KLIK di sini

Tengok Contoh Di bawah...



Apa lagi korang...daftar je dan sambil2 duk FB tuh...leh la korang share kat wall skali...don't worry sbb iklan-iklan churp-churp nie kebanyakannya menarik...huhu


Contoh nya...ade satu produk berkenaan dengan kecantikan seorang wanita, nak tau try click di sini, korang tau x, kebykan wanita mmg sensitif berkenaan dgn perubahan di muke diorg, contoh la jerawat, kedut2...mcm lagi...nk tgk click lagi di sini...korang x caya bukan...ape daaa

Ade jugak produk berkenaan dengan merekabentuk corak-corak atau pun cover kulit tin nescafe
, ape yg pak bedung nk highlight kan di sini ialah, semua org mampu dan buat yg terbaik...korang kan kreatif. nak tau lebih lanjut, cer klik sini

Ape pun...mmg byk la mende menarik sini kan...korang leh try..xrugi pun sebenarnya...dr korang duk on9 kosong je....bek try....huhu...

Pak Bedung Chow dulu lah...Selamat Berpuasa....

Wednesday, August 17, 2011

Catatan Seorang Anak

Seteru Utama - Selangor VS Kelantan


AYuh kita beramai-ramai ke stadium shah alam bagi memeriahkan lagi perlawanan persahabatan di antara selangor dan kelantan pada malam ini (17 Ogos 2011) pada jam 10 malam.

Harga tiket RM 5.00

Monday, August 15, 2011

Febregas Milik Barca

Perkhabaran sebelum ini yang menyatakan bahawa Febregas bakal menjadi milik Barca akhirnya terjawab setelah menandatangani kontrak bernilai 200 Juta selama 5 tahun.

Fabregas tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk kembali ke Barcelona - kelab dari yang Arsenal yang ditandatangani beliau sebagai berusia 16 tahun - dan, selepas enam musim trofi di Emirates, menyatakan dengan jelas bahawa masa untuk bergerak sekarang.

Saksikan kehebatan sebenar beliau di barca...



Barca makin kuat ler nampaknyaa...haha

Saturday, August 13, 2011

Aku tetap aku



Tuesday, August 9, 2011

TunjukiLah kami Jalan Yang Lurus




Selasa : 1.37 a.m: Ketika syok menggodeks-godeks internet, aku tertarik dgn beberapa isu skang berkenaan dgn golongan Atheist/freethinker/agnostic. Isu tersebut akhirnye makin merebak setelah muncul nya sitt_alwuzara3/Makcik Hajjah Sitt yang semakin menunjukkan belangnya...
Penghinaan kepada ALLAH S.w.t dan Nabi Allah iaitu Rasullallah S.a.w telah menyebabkan isu ini menjadi semakin parah.....korang leh google sndiri siapa sebenarnya makcik nih/ anlene Tan yang kian popular dgn pemikiran atheist nye....ape nk jadik....semakin ramai melayu mula terjebak dgn golongan ini melalui group2 yang dibuat oleh golongan ini sendiri...

Namun, Tahniah, ada juga dari kita cube menyelinap masuk ke group2 tersebut untuk mendakwah, berdebat dan menyangkal sebarang tindakan golongan tersebut:
Berikut ialah beberapa keratan debat dalam gerakan Encik Sufi dalam membela Islam..Tahniah!!






Group terbabit: Malaysian Atheist

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani,
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Tuhan Penguasa Di Hari Pembalasan,
Engkau lah Tempat yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami mohon pertolongan,
Tunjukilah aku jalan Yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang- orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia VS Arsenal-Streaming from Your PC

Saturday, June 25, 2011

Febregas Milik Barca?


Korang Baca Nih....


Agak2 la kan....Febregas pi ke x..


Xsabau rasenye BPL season depan.

Puting Beliung di Mersing

Begitu hebat kuasa yang ditunjukkan kepada kita....fenomena yg jarang berlaku di kawasan kita nmpak nya sudah berlaku....Perkara2 akhir zaman....mule menampakkan susuk nya....
adakah kita sedar?


Puting Beliung yg berlaku menunjukkan kekuasaan ALLAH s.w.t yang begitu hebat.
Yakinlah.....segala ujian yg ditujukan adalah untuk menguji keimanan kita. Saksikan Video tersebut....


Friday, June 24, 2011

Bisnes on9, Buat Duit, MLM, Pelaburan

Sejak lamo dulu, cite2 laguni tubik di paper, majalah dan facebook....Sebagai contoh"hanya Modal RM100, anda mampu kaya"..Betoi ka beb....Alangkah senangnye idup......aku xpenah rase nk cube mende2 lagu ni.goyang beb....mana tau kene tipu...Rm100 ni duit....Ade jugak kes-kes pelaburan dlm perternakan Lembu, Kambing, Unta dan ade jugak perternakan ikan keli..

Tatau la ape yg sebetulnye....satu Kes pelaburan dlm penternakan lembu....rupenye2..ade sekor je lembu dlm kandang....hahaa...sure beb....hang pa kene tipu....

Ade jugak cite2 yang dengar...berkenaan dengan pelaburan dalam perternakan ikan keli....AZZ marketing.....agak2 la kan...hang pa penah dgr x nama compeny nih....kalo hangpa selalu duk lalu lalang di jalan tendong pasir Mas Kelantan...Hang pa mesti pernah tgk betapa besau nye sign board AZZ marketing kat tepi jalan tuh...

aku tatau betoi ke x....xberani la beb nk masuk2 bende2 cm ni...kalo betoi...orait gak tu...leh jana ekonomi penduduk sekitar....tp aku ade jgk dgr desas desus mende xbaik berkenaan mende nie....tatau la cmne...kalo hang pa rase nk try...hang pa try pi opis die....

Kalo hangpa ade pendapat atau pandangan atau pun...mungkin pernah melabur dengan AZZ nieh...leh ar gtau aku kat sini....komen je bwh tuuuu...

orait beb..aku cow dulu....ptg2 cm gini nk kene gi bersukan...jaga perut sikit....wakakaka...
tata

Tiada Lagi Biasiswa

Biasiswa kepada Dermasiswa
(macam Mintak derma la pulak)


Kejohanan Sepak Takraw Utusan & KFC

Jumpa di Sana


BERSIH


Utusan online hari ini menyebut berkenaan dengan perhimpunan BERSIH yang akan di adakan sedikit masa lagi....



APa pandangan Anda berkenaan dengan BERSIH?



Monday, March 28, 2011

Perkahwinan yang berkat-Fikirkan


Sebrkat-berkat perkahwinan adalah perkahwinan yang murah mas kawennya.
Semoga anda cepat kahwen dan bagi yang masih bujang...cepat2 lah kahwen...

Sekian-

Sunday, March 27, 2011

Keputusan di tangan Anda

CLICK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Apakah kita sedar apa yg kita sedang lalui sekrang. Sedar atau tidak, setiap perjalanan hidup kita sebenarnya mempunyai jalan yang berliku. Beberapa perkara yang pasti anda tidak tahu bila akan berlaku:

i) Xcident - Bile2 je boleh berlaku, anda sentiasa menggunakan jalan raya. anda tahu risikonye,sedangkan kenderaan mempunyai insuran....apetah lg kite...

ii) Penyakit - Macam2 penyakit sejak akhir2 ini tp penyakit jantung masih lg nom 1, adakah kite tahu, kita xkan kene penyakit ini.

Guna lah wang anda ke arah melindungi diri anda sndiri. bersedialah sebelum terlambat.

Hubungi pak bedung untuk info lanjut.

PRUDENTIAL click for info

Buka lah minda anda, gegarlah hati anda, bangunlah dari lena bersama gegarminda.

Friday, March 25, 2011

Gempa di Myanmar berdekatan Thailan

By Panumet Tanraksa 48 mins ago

CHIANG MAI, Thailand (Reuters) – A large 6.8 magnitude earthquake struck Myanmar near the border with northern Thailand on Thursday, killing one woman, police and witnesses said.

Witnesses said the tremors were felt in Bangkok, central Myanmar and as far away as the Vietnam capital of Hanoi where people were evacuated from tall buildings.

Police said a 53-year-old woman in Mae Sai, Chiang Rai province, had been killed when one wall of her house collapsed. Hospital officials said there were no other deaths or injuries reported.

The quake was centered 111 km (69 miles) north of the town of Chiang Rai, Thailand's northernmost province.

BACA HABIS DI- http://news.yahoo.com


yA Allah...jauhkan lah kami dari malapetaka. Engkau penentu segala....


Thursday, March 24, 2011

Bunuh diri @ Cubaan book of record...(wajib tayang)

Kejadian 24 march 2011-di KB mall..apa nak jadi....adakah beliau mmg betol2 ingin bunuh diri...
Masyaallah....what happened?....




SUmber-orang awam..

Wednesday, March 23, 2011

Jom Tengok ini- Fa CUp


Gelanggang suku akhir ini akhir nya telah menemui jalan cerah buat pasukan bola sepak kelantan apabila berjaya memenangi perlawanan dengan 3 gol 0 iaitu dengan kemenangan agreget 5-2...suatu yg memberansangkan....tabik kepada jurulatih dan pemain2 nya..

Gelanggang seterusnya akan menemui pasukan selangor di peringkat separuh akhir. Ujian getir itu pasti akan menguji sekali lagi tahap permainan pasukan ini.Syabas di ucapkan kepada pasukan kelantan.

Syabas juga diucapkan kepada penyokong2 kelantan sendiri-TRW yang sentiasa memnuhi segenap pelosok stadium Sultan Muhamad ke IV-


Sangat sukar untuk memenuhi stadium sebegini melainkan di stadium keramat ini....akhir kata"-Gomo kelate Gomo"

Tuesday, March 22, 2011

Chelsea ke Malaysia

Pak Bedung rase mcm nk gi....jom la kengkawan....terutama kepada fans tegar chelsea dan liverpool....tp tidak man u...hehhehe


Korang click tuk besarkan gambar @ rujuk sumber sebenar-B.Harian.com.my



Monday, March 21, 2011

BPL-Chelsea leh kejar x??

Sunday, March 20, 2011

Kisah Teladan dari seorang kawan

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat
bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati
tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh
sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di
tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan
sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke
tempat sejarah yang mereka sukai.
Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit
dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa
disedar,dah tertinggal.
Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka
bertolak untuk balik.
Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas
giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.
So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah
letih dan menangis panggil mak ayah.
Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia
pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an
dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas
rombongan, dan tak tahu nak pulang.
Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di
selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami
sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…
Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je
sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.
Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur
atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung
sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.
Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti
matanya mengawasi lelaki misteri tu.
Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar
jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa
lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka
kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…
Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak
bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu
berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah
sangat.
Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai
pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi
hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…
So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan
takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar
jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir
memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari
itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki
tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan
dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang
sudah…

*MORAL CERITA :*
Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas
api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa
tersebut TETAPI jika kita tak mampu.
Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama
beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan
kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

Saturday, March 19, 2011

Hiburan di kala sepi-Layan je


apa kata anda?

19 march 2011~Hari Indah

Dalam situasi kita skarang nih...pak bedung rase, xyah la memilih sgt kerja tu...korang kerja la dulu sebelum dpt kerja yg lebih baik...tp bila ?..bila kah nk dpt kerja yg lebih baik...mcm ne nk kumpul duit....


NI salah satu faktor kejayaan si lelaki..korang cpt2 dpt kerja dan kumpul duit...hehe....agak2 korang bila mau kawen...takkan xmau berjaya kot.....Mende baik jangan ditangguh.....


Pek Bedung nk tergelak apabila baca artikel nie.....macam mana lah si tiger wood ni leh kantoi....tp ape nk kisah...di banyak duiittttt.....


Naruto malaysia nampaknye sudah dilahirkan...tp yg peliknyanya..nama baru naruto di malaysia berteraskan tilam toto cap Narita...
P/s~hari sabtu yang cukop INDAH

Friday, March 18, 2011

Ini kisah sedihku

Click here
Contest Adib Ry
Ini kisah suatu cerita,
cerita pantun untuk pertandingan,
harap adibry dpt bacanya,
untuk menang ini pertandingan.


keluargaku jauh tidak terkira
jauh nya mereka tiada terbayang
bermula kisah suatu cereka
kisah sedih bersama yg disayang.

bermula kisah aku berpindah,
dimasa lampau zaman persekolahan,
sekolah rendah tempat terindah,
srk kamil dua menjadi kenangan.

3 sahabat rapat berkawan ,
rapatnya mereka tiada bandingnya,
aku berpindah tanpa amaran,
pergi aku begitu sahaja.

aku mencari dimana-mana,
dilubang cacing tiada terjumpa,
sehingga sekarang aku hampa,
masih xjumpa dimana-mana.

Umur sekarang baru due puluh enam,
rase muda walaupun dah tua,
terbayang mereka bila ku pejam,
teringat cerita dahulu kala.

Sedihnya aku tidak terkira,
mencari mereka masih xjumpa,
di pasir puteh tempat berjumpa,
menjadi kenangan sampai bila-bila.

Ini cereka buat teman ku,
adibry menjadi sumber inspirasiku,
membuat pantun cerita sedih ku,
3 org sahabt menjadi cintaku.

Sekian.,....pak bedung.

tag:~

Mencari Haluan Sebenar

kerja-kerja-kerja-kerja

Thursday, March 17, 2011

Dinner with them

Alkisahnya compeny dpt satu invitation dari *** untuk dinner dgn mereka...agak besar jugak la di hotel grand riverview, KB, kelantan..korang tgk menunya tu...menu ini untuk 10 org...

Alkisah nye begitu murah rezki aku...kehadiran mmg menggalakkan, dewan makan besar di penuhi....jauh di depan sane, terdpt maja yg masih lg kosong, hanya aku dan my pren saja.....Menu makanan untuk sepuloh org di lantak dan diratah dgn rakus nye oleh kmi berdua....(rmai yg memandang kejelesan)


Sebahagian menunya::----

Pembuka Selera


Bubur sarang Burung



Chicken chop


Ikan josh.(tatau nama sebenar)



Udang Bakar berbunga

Murah rezki malam tu...kemudian..pak bedung pulang dengan pouch bag yg lebih besar(tp tetap menten)..

Babaiiiiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites