Sunday, February 20, 2011

Santau Cerita dulu kala?

Cerita Santau

Apa itu santau?

Adakah ia boleh membunuh?

Adakah ia berkaitan dengan Jin dan Syaitan?

Bagaimana ia terjadi?

Semua persoalan ini sentiasa bermain dalam pemikiran kita. Pelbagai cerita khianat dengki dan cemburu menghiasi cerita-cerita mengenai penglibatan santau dalam menyiksakan kita. Santau dikatakan berasal dari negara2 asia tenggara termasuklah Malaysia sendiri.

Berikut ialah jenis2 santau yang biasa digunakan untuk mengenakan orang termasuklah santau angin, santau tuju, santau mkn dan minum, santau langkah dan sebagainya. Santau angin disebarkan dengan cara pembawa santau membwnye berjalan melalui khalayak ramai dan santau ini akan tersebar dan terkene kepada org yg berjalan face to face kepada pembawa santau. Ia dikatakan santau yg paling bahaya dikalangan jenis2 santau yang lain. Insyaallah, dengan izin ALLAH yang maha melindungi, kita dijauhkan dan dilindungi dan hanya insan2 yang beramal soleh dan mengamal kan ayat2 melindungi diri akan terlindung dgn izin NYA.

Adakah santau2 ini boleh dibuang dan diubati?...Insyaallah, dengan kuasa NYA, tiada yang mustahil. Antara tanda-tanda seseorang itu terkena santau ialah batuk yg berterusan dan tidak sembuh walaupun sntiasa makn ubat dan berubat di hospital. Gejala batuk pada waktu maghrib, pg dan tgh malam, sukar tidur mlm walaupun suda mencuba, skit kepala yg berterusan, tiada selera mkn, lengoh sendi, muntah darah, sakit seakan tercucuk jarum dan sebagainya. Ia biasanya tidak dpt dikesan melalui perubatan moden walaupun dgn xray.

Walaupun begitu, terdpat kaedah2 melindungi diri dari terkena santau dengan izin NYA iaitu dengan menjaga amalan fardu dan memperbanyakkan amalan sunat seperti zikir, solat sunat mlm, memperbanyak kan bacaan al Quran dan sebagainya. Setiap amalan mestilah diniatkan supaya kita dan keluarga sntiasa dilindungi oleh ALLAH yang maha kuasa, Tuhan yang Esa drpd segala jenis kejahatan, hasad dengki manusia dan jin serta syaitan yang dilaknat.

Selain itu, amalan zikir dan doa2 pelindung harian msti diamalkan pada setiap selepas solat fardu dan diamalkan setiap hari. Antaranya ialah Al Fatihah, 3 QUL, Ayatul Qursi, doa penggerak, surah At Taubah (ayat 128 & 129) dan Laqodjaa akum.

Klik untuk besarkan:-



Dia yang maha melindungi.

Hanya berkongsi apa yg tahu. Buka hati, Buka minda di Gegarminda


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites