CONTOH TERBAIK

Claim Yang Pernah dibuat Oleh Pencarum.

Pengurusan Kewangan

Ini yang anda Perlukan

MEDICAL CARD

Kepentingannya dalam Perubatan anda

SAKIT JANTUNG

Pembunuh Nombor satu Negara.

TRAVIAN

Penghilang Kebosanan.

Sunday, February 27, 2011

Kad kahwen VS Picture tagging


Fuh....Berapa byk wedding la...tu baru separuh...sumer nk nikah cuti sekolah nie...hehe....Tahniah la weh kat korang....pak bedung may be hanya dpt gi separuh je dr majlis2 tersebut...yg jauh2 rase xdpt la pak bedung nk gi...

Korang semua trpikir x...mana lagi meriah...mengedarkan kad kawen atau hanya tag kan gmbr kad di fb....pak bedung cume berpendapat...kalo nk jimat..may be leh tag kat fb...tp kalo nk meriah sikit la...pak bedung nk kad kawen korang...huhu..leh wat koleksi....

Tp masing2 punya kemampuan la kan....cume bile nk bg kad nie...nk kene pos..tu yg mungkin leceh sikit...setem skang bukan murah...60 sen baru surat smpai....jenuh nk tmpal setem 10 sen sbyk 6 keping...!!!

korang agak2 la kan...mahu kad ke @ just tag picture di Fb...cube fikir kan...huhu..

babaiiiii

Saturday, February 26, 2011

Rasulallah-Cahaya seluruh Alam

Ya Allah Maha Suci Engkau...

Engkau telah menciptakan aku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dpt disebut,
Engkaulah yg memberikan kepada ku akan setiap kejadian hidup dgn urusan yg mudah
berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yg lain iaitu kelebihan yg byk.
Engkau telah memberi petunjuk kepada ku ke jalanmu dgn perantaraan seorg hamba yg Engkau telah mengutuskannya kpd segenap umat manusia sbg lampu yg menerangi.
Iaitu MUHAMMAD BIN ABDULLAH yang membawa berita gembira dan pemberi ingatan.

Aku bersalah, aku berdosa dgn kekecewaan spnjang masa,
kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepada -Mu dgn kehendak - Mu.
dgn taubat yang sebenar-benarnya.

Di sinilah aku berdiri di pintu- Mu ya Allah, dengan menangis, menyesal dan
memohon ampun kepada Tuhan yang maha Pengampun.
Denga penuh kerendahan, aku lah seseorang yg memohon keutamaan-Mu adalah agung.

Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang berdiri bersama ku di pintu-MU
dengan kekecewaan dan kesedihan.
Masukkan lah kami ke dalam golongan org2 yg soleh yg sama mensucikan.

Engkau seraya memuji kepada-Mu sepanjang waktu.
Dan tetapkan lah pada kami kasih sayang dari sisi-Mu, maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Ya Allah Maha Suci Engkau..



Friday, February 25, 2011

Cintan-Cintan sikit

HUH...entry kali ini adalah berkenaan kahwen yang di idam kan oleh semua yang bujang. Betol ke korang mengidam? kepada yang sudah pun melangkah ke alam perkahwinan, tahniah la aku ucapkan semoga korang kekal smpai bila2....kepada yang baru je bertunang..semoga korang cpt kawen..kepada yg masih lg duk kapel....cpt2 la plan tuk kawen,...

Walaupun org kata...kawen tu bukan senang....tanggungjawab besar.tp xkan tanggungjawab tu korang xberani sahut kot.....kerje dah mantap.
ape lg korang tunggu...??...
aku xsabar nk tunggu kad korang..


Ada juga dari kita yang masih lg duk single , bile la nk jmpe pasangan..
..umur dah 26, ade jugak yg 27 ade jugak yg 25
, nombor2 tu rasenye
dah layak
tuk
kawen....

Yang single tu bile lagi...jangan duk milih sgt,
korang jugak
yg rugi.
..membujang sampai
ke tue la jawabnya....

yang si single laki nie alasan nye...nk cari duit!
si single perempuan, mude lg kot....
ape pun..korang dah makin tue...haha...

tahun ni rasenye kejap je...skang dah hampir bulan 3....
tahun depan dah 2012...aih..rasenye bakal bertmbh umur lg kot...
ape kata korang weh....

korang dah jmpe ke sesiapa yg sesuai tuk korang.
harap korang dpt kawen sebelum umur 30 tahun...
aku pun sama

'SEMOGA KALIAN CEPAT KAWEN"






Wednesday, February 23, 2011

Minyak mungkin naik lagi

RON95 tidak naik masa terdekat

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol dalam waktu terdekat ini walaupun terdapat beberapa negara telah menaikkannya dua kali dalam tempoh tiga bulan berikutan kenaikan ketara harga minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kewangan sedang mencari opsyen lain bagi mengelakkan kenaikan itu.

Pada masa sama, beliau turut menafikan khabar angin kononnya harga petrol RON95 akan dinaikkan dalam waktu terdekat ini.

"Siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin. Setakat ini tidak. Saya tidak mahu jadi tukang nujum pula, setakat ini kerajaan sedang melihat secara keseluruhan kerana untuk menjimatkan belanja bukan hanya dengan cara menaikkan harga minyak.

"Banyak cara dan opsyen lain boleh dilakukan supaya tidak membebankan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia yang terlampau tinggi ketika ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pelaksanaan Projek EPP3-Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika kerajaan menaikkan harga minyak, harga barang lain akan naik lebih tinggi dan begitu juga jika kerajaan tidak memberi subsidi untuk petrol, diesel serta empat produk makanan kawalan, harga kesemua itu akan jauh lebih tinggi dari sekarang.

Mengenai setakat mana kerajaan boleh bertahan tidak menaikkan harga petrol, beliau berkata:

"Saya tidak boleh jawab kerana semakin lama bertahan, semakin besar tanggungan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan."

Katanya, keadaan itu mungkin menyebabkan projek-projek yang sedang dijalankan tidak dapat diteruskan kerana hendak menampung subsidi.

"Kalau harga minyak terus naik seperti sekarang, tanggungan subsidi akan mencecah RM14 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kos itu akan meningkat kepada RM14 bilion.


Sumber utusan


Itu lah die.....itu hanya khabar angin!!!..sejauh mana kebenaran khabar angin ini???

macam bulan depan naik je....huhu....cmne la nk tuang myk nieh.....ish3..

terbengkalai lagi la nk kahwen taun nie nmpaknya...ISH3....




Chelsea tetap di Hati


Menarik bukan....semoga chelsea dapat meneruskan kecemerlangan musim lalu
di musim ini...

Tuesday, February 22, 2011

Pelik tapi benar

Aku terpikat dengan tugas seorang penyambut tetamu yang tidak pernah kenal erti penat berdiri dan senyum di hadapan sebuah kedai...sempat lagi die berposing semasa aku mengambil gambarnya....aneh!!!...die sperti bersahaja tanpa memikirkan hal org yg lalu lalang di sekitarnya....siapakah die nie.....



Dimana anda pernah melihat die ini?


Pernahkah anda melihat papan tanda ini dan adakah anda akan ikot arahan papan tanda ini?

Tidak bukan???
Pemerhatian di buat menunjukkan people just ignore
ape yg tertulis di sini..

Dimana letaknya papan tanda ini?
anda tahu??

Gegar hati, gegar perasaan di gegar minda

Sunday, February 20, 2011

Semoga anda Cepat kahwen

KOTA BHARU, 16 Feb — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). — Sumber Bernama


Apa tunggu lagi kawan-kawan?....pak bedung rase kebnyakan dr korang bukan xmampu dari segi kewangan....tp masalahnya korang semua xdak calon. kalo ada calon..rasenya dah beranak pinak kot...progrem ini sememangnya pak bedung setuju la....senang idup kita....bile dah kawen nie...kite biasanya dilimpahi dgn macam2 rezki....Tuhan tu mahal adil.


Kalo korang xdak calon lg...nanti gtau pak bedung....terutamanya perempuan ek...huhu..pak bedung pun tengah cari gak nie...hukhukhuk....


Klik untuk besarkan...

Santau Cerita dulu kala?

Cerita Santau

Apa itu santau?

Adakah ia boleh membunuh?

Adakah ia berkaitan dengan Jin dan Syaitan?

Bagaimana ia terjadi?

Semua persoalan ini sentiasa bermain dalam pemikiran kita. Pelbagai cerita khianat dengki dan cemburu menghiasi cerita-cerita mengenai penglibatan santau dalam menyiksakan kita. Santau dikatakan berasal dari negara2 asia tenggara termasuklah Malaysia sendiri.

Berikut ialah jenis2 santau yang biasa digunakan untuk mengenakan orang termasuklah santau angin, santau tuju, santau mkn dan minum, santau langkah dan sebagainya. Santau angin disebarkan dengan cara pembawa santau membwnye berjalan melalui khalayak ramai dan santau ini akan tersebar dan terkene kepada org yg berjalan face to face kepada pembawa santau. Ia dikatakan santau yg paling bahaya dikalangan jenis2 santau yang lain. Insyaallah, dengan izin ALLAH yang maha melindungi, kita dijauhkan dan dilindungi dan hanya insan2 yang beramal soleh dan mengamal kan ayat2 melindungi diri akan terlindung dgn izin NYA.

Adakah santau2 ini boleh dibuang dan diubati?...Insyaallah, dengan kuasa NYA, tiada yang mustahil. Antara tanda-tanda seseorang itu terkena santau ialah batuk yg berterusan dan tidak sembuh walaupun sntiasa makn ubat dan berubat di hospital. Gejala batuk pada waktu maghrib, pg dan tgh malam, sukar tidur mlm walaupun suda mencuba, skit kepala yg berterusan, tiada selera mkn, lengoh sendi, muntah darah, sakit seakan tercucuk jarum dan sebagainya. Ia biasanya tidak dpt dikesan melalui perubatan moden walaupun dgn xray.

Walaupun begitu, terdpat kaedah2 melindungi diri dari terkena santau dengan izin NYA iaitu dengan menjaga amalan fardu dan memperbanyakkan amalan sunat seperti zikir, solat sunat mlm, memperbanyak kan bacaan al Quran dan sebagainya. Setiap amalan mestilah diniatkan supaya kita dan keluarga sntiasa dilindungi oleh ALLAH yang maha kuasa, Tuhan yang Esa drpd segala jenis kejahatan, hasad dengki manusia dan jin serta syaitan yang dilaknat.

Selain itu, amalan zikir dan doa2 pelindung harian msti diamalkan pada setiap selepas solat fardu dan diamalkan setiap hari. Antaranya ialah Al Fatihah, 3 QUL, Ayatul Qursi, doa penggerak, surah At Taubah (ayat 128 & 129) dan Laqodjaa akum.

Klik untuk besarkan:-



Dia yang maha melindungi.

Hanya berkongsi apa yg tahu. Buka hati, Buka minda di Gegarminda


Saturday, February 19, 2011

Bila Budu Tidak dihargai

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan,Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain sepertilada, mempelam dan air perahan limau nipis.



Budu paling Tersohor Jatuh kepada :-


Budu Cap Ketereh


Khasiat

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memilikiglutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[1] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E danK). [2]

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Budu dan mempelam.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[3]

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Kelemahan

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.



Sumber:- Wikipidia

Padah Tidak Bersedia


Entry kali ini adalah berkaitan dengan persediaan awal kita menghadapi sesuatu yg tidak kita jangkakan. Click gmbr tuk besarkan;-



Bliau suda tentu tidak mengjangkakan perkara ini terjadi ke atas diri beliau mungkin kita juga begitu.tp tiba suatu saat, kita mungkin juga mnjadi mangsa penyakit2 sebegini. Tp adakah kita akan bersedia dlm menghadapinya..Sekurang-kurangnya, kita dpt mengurangkan beban dalam pembelanjaan dlm rawatan penyakit sebegini.

Mengapa tidak kite bersedia dengan mengambil insuran. Anda tahu apa itu insuran dan bagaimana ia membantu anda?....Prudential is one of da bes insuran yang boleh anda percayai.

Taraf hidup yg semakin meninggi menyebabkan pembelanjaan terhadap perubatan juga meningkat. Apakah kita tidak sanggop mengorbankan sedikit dr wang gaji anda untuk perlindungan anda, rawatan anda dan untuk org tersyg anda....

Serinkali kita dgr, isteri yg kematian suami xmampu menyara hidup anak mereka yang rmai. itu sudah tentu. Tetapi dgn Prudential, mslh itu boleh diselesaikan.

Sanggopkah anda?

Gaji anda untuk diri anda!!!
Duit yg disimpan selama 10 tahun mungkin boleh habis sekelip mata apabila ia diperlukan untuk rawatan anda, pembedahan dan sebagainya dan bagaimana anda mahu meneruskan rawatan susulan selepas wang itu habis????..tanya diri kita ??

tetapi dengan Prudential, semua itu dpt dielakkan?????

Bagaimana??????

Hubungi Pak Bedung

Tuesday, February 15, 2011

Nostalgia bUlan Februari 2

Lagu kedua adalah Setahun Sudah Berlalu !!!...
adakah bulan februari merupakan suatu bulan yang bermakna buat beliau???



Best gak lagu niee....jiweee beb

Nostalgia di BUlan Februari

Terima Kasihhhhhh adalah satu ungkapan perkenalan daripada Kumpulan Alleycats yang penah mencatat nama sebagai penghibur terbaik pada suatu masa lepas....Februari merupakan satu bulan yang digemari oleh kumpulan ini...hayati lagu ini~!!!!





P/s~ Februari juga diungkap dalam "Setahun Sudah Berlalu"

Anchelotti punca Chelsea rebah?








Apa roman buat disaat kejatuhan chelsea....anchelotti selesa dengan jawatan beliau walaupun terus menampilkn persembahan terburuk pada musim ini....dengan 7 kali kalah dan 6 kali seri ....adakah itu satu kebanggaan buat anchelotti?...


Ke manakah pergi kelantangan suara Roman. Berserah sahaja sudah cukop buat Anchelotti....hahaha.....jangan sampai sathianathan atau rajagobal ke sana untuk jd manager baru chelsea musim dpn.....Jaga2 anchelotii.....


P/S sedikit kecewa dgn anchelotti dan roman

Monday, February 14, 2011

Majlis Maulidurrasul~Untuk Perhatian Semua





Dijemput para Muslimin & Muslimat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul di
Masjid Muhammadi petang ini... Turut hadir Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan
saf-saf Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan...
Harap dapat war-warkan pada semua

Sunday, February 13, 2011

Fitnah dan politik

Saban hari, politik di malaysia semakin kejam. Pelbagai fitnah dilemparkan tidak kira kepada sesiapa pun. Kerana meng gilai kuasa dan pangkat, duit dan darjat, maruah diketepikan. Apabila cinta terhadap dunia lebeh hebat dari cinta kepada akhirat mewujudkan satu fenomena fiitnah menfitnah sesama sendiri, Islam sesama Islam yang buleh memecahkan umat Islam seluruhnya. Mampukah kita mengatasi masalah ini.

Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Fitnah menfitnah adalah menjadi perkara biasa dlm politik DI malaysia, saban hari kita melihat penggunaan media massa seperti televisyen menjadi sumber utama penyebar maklumat malah menjadi sumber utama penyebaran fitnah terhadap individu-individu tertentu dgn tujuan menjatuhkannya sehingga saban waktu masjid dan surau juga menjadi isu sehingga timbul cerita yang tidak betol dan berlainan dengan situasi sebenar. Adakah ini FItnah?


Apakah Pilihanraya yang seterusnya makin dekat apabila kita dapat melihat pelbagai propaganda dan mungkin fitnah mula timbul di kaca televisyen anda...adakah kita 100 % percaaya dgn apa yang dicanang di media massa dan di blog2....Salah satu isu ialah Isu Valentine day yang diharamkan dalam Islam jugamenjadi isu politik apabila dikatakan menjauhkan pelancong2 asing dr datang ke Malaysia kerana haramnya valentine day di Malaysia. Apakah ini logik sedangkan haramnya valentine day adalah untuk Islam sahaja. Mengapa timbulnya isu tersebut? . Rjuk link ini yang menunjukkan Ustazah Bahyah menerangkan serba sedikit mengenai mengapa haramnya Valentine day.

Buka hati, buka mata di GegarMinda...peace no war!!!!!!







Saturday, February 12, 2011

Mimpi-Mimpi

Kita seringkali mengalami mimpi-mimpi yang tidak sepatotnya kita mimpikan...Adakh ia hanyalah permainan tidur @ petanda @ petunjuk @ permainan syaitan....inilah yang patot kita rungkai.Kekeliruan dalam mimpi boleh menyesatkan kita. Berfikirlah kita mengikut pertimbangan Agama dan akal fikiran. Jangan kita terlalu taksub dengan apa yang di mimpikan.

Syaitan seringkali mahu merosakkan akidah kita walau apa pun caranya. Sebab itu lah kita diajar oleh Islam untuk memohon perlindungan dengan Allah Yang maha Esa dengan Menuruti apa yang disuruh dan mehindari apa yang dilarang.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita dilindungi olehnya....


Pernahkah kita terfikir, begitu besar maksud yang tersirat dlm setiap ayat Al Quran. Ia adalah doa...hayati lah maksud 3 Qul....Selain itu, AlFatihah..yang merupakan Pembukaan Al Quran mempunyai maksud yang begitu mendalam...


Hayati maksudnya:-...Sungguh besar maksudnya...dibaca setiaap kali rakaat pada solat fardu dan solat sunat...apakah kita sedar akan hal ini. Bacalah sebelum tidur...Nescaya kita akan dilindungi dengan izin ALLah s.w.t...Insyaallah..


Friday, February 11, 2011

Menghadapi Gangguan JIn Episod 1

Entri kali merupakan sedikit perkongsian yang sebenarnya patot di kongsi oleh kita sejagatnya. Terapi Ruqyah merupakan terapi ayat Al Quran yang sudah lama digunakan dlm pengubatan Islam dan sebenarnya boleh digunakan dalam memohon perlindungan dari ALLAH s.w.t. Sesungguhnya, apa yang kita buat adalah kerana ALLAH taala....tiada yang lain selain kerana NYA.

Pernahkah anda diganggu?
Pernahkah anda merasai kehadiran mereka?
Adakah tanda-tanda kita di ganggu?
Bagaimana pengalaman anda terhadap makhluk Ghaib-Jin dan Syaitan?

Sebenarnya, mereka(jin dan syaitan) tidak boleh mengganggu manusia kecuali dalam 4 keadaan berikut iaitu:

a: sgt marah
b; sgt takot
c; Sentiasa bernafsu syawat
d; sentiasa lalai.

Pernahkah anda mengalami gejala seperti ini sms ingin tidur:-

a: sukar tidur malam (xleh tidur) walaupun sudah cube.
b: sering terjaga di waktu mlm dgn tibe2
c: mimpi buruk(kabus)
d: mimpi melihat berbagai haiwan seperti kucing, anjing, ular , singa dan unta
e: tertawa atau menangis sewaktu masa tidur
f: mimpi seolah-olah jatuh di tempat tinggi.

Itu tanda nya diganggu!!!









Thursday, February 10, 2011

Datangnya tanpa diundang

Berdasarkan artikel lalu, mula2 skali ingin sy ucapkan ribuan terima kasih kerana maklumbalas yang diberikan. Jantung, buah pinggang, batu karang, kanser, adalah sesuatu yg menakutkan kita....tp sejauh manekah kita bersedia dlm menghadapi situasi yg memeritkan ini...

Walaupun pencegahan awal telah dibuat dengan kawalan terhadap makanan dan sebagainya, namun penyakit2 ini datang tanpa diundang....oleh yang demikian, persedian awal perlu dibuat untuk menghadapi mereka ini....MUSUH kita abad ini....

Kos yang besar mmg menyusahkan kita....Mampukah kita????
Tahukah anda risiko untuk menghidapi penyakit2 ini sgt besar.....walaupun merasakan kita masih mude...........

Ini adalah contoh pembiayaan perubatan yang bakal diterima sekiranya
berlaku perkara yang tidak dingini....



Melaburlah sedikit dr pendapatan kita untuk perubatan kita sendrii....bersedia lah kita dari awal lagi...INSYAALLAH.








Wednesday, February 9, 2011

Pemandangan Memukau

Keindahan Alam yang disemai hendaklah dijaga,
dijaga dengan penuh kasih sayang,



Keindahan Yang dijaga, dipergunakan sebaik mungkin,
nikmat yang diberi, disyukuri dengan penuh keinsafan.




Rezeki yang dilimpahkan bukan untuk dibaziri,
berkongsilah kita dengan mereka yang memerlukan,



Kerosakan dunia semakin menghantui kita,
jangan smpai bumi kita dilimpahi oleh sampah2 yang sebegini!!
mampukah kita mempertahankan bumi ciptaan Allah yang maha esa ini?




Tanya diri anda....buka minda, buka hati di gegar minda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites